Sunday, June 19, 2011
Saturday, August 14, 2010
Ramadhan datang lagi..
selamat datang bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat..
pertingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ini dengan sebanyak-banyak amal..
jadikan bulan yang penuh dengan ganjaran pahala ini sebagai platform kita dalam melaksanakan amal ibadah ke arah mendapat keberkatan dan keradhaan dari Allah s.w.t.
sesungguhnya Ramadhan pada awalnya rahmat...pertengahannya pengampunan...dan akhirnya pembebasan dari api neraka...
~alihberalihmu ~
Wednesday, July 14, 2010
Bangkitlah Keinsafan...
sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya..mengapa manusia kejam bertindak sedemikian rupa..??
adakah ini silap ibubapa yang mendidik..??
adakah ini salah institusi persekolahan..??
adakah ini salah pemerintahan..??
adakah ini petanda akhir zaman..??
adakah bila hukum islam tidak di dahulukan ini jadinya..??
oleh itu wahai insan-insan yang bergelar khalifah di muka bumi Allah ini insaflah dikau dari hanyut di buai mimpi dunia yang fana dek sementara ini. Bertaubatlah sebelum pintu taubat di tutup. Allah sentiasa maha pengampun dan penerima taubat. Semaikanlah benih benih mahmudah ke dalam jiwamu walaupun pedih. kita hidup di dunia hanya sementara, mungkin esok lusa kita akan meninggalkan dunia yang fana ini.
wallahualam..
Sunday, May 23, 2010
Perkongsian Bisnes Kesihatan
Saturday, March 27, 2010
Mirwana_Bumi Akhir Usia 2010
Album Mirwana sudah berada dipasaran pada 18 Disember 2009 menampilkan Hafiz, Along, Ikram, Naim & Akmal.Kini ahli kumpulan Mirwana iaitu Izzat tiada didalam album dan kini masih lagi belajar di luar negara.1. Muhammad S.A.W 'The Arrival'
2. Andaiku Pergi (Retro Version)
3. Bumi Akhir Usia
4. Jauh (Radio Edit)
5. Bukti Cinta
6. Kembali PadaMu
7. Fana Pesona
8. Andaiku Pergi (Original Version)
9. Tika Masanya Featuring HUJAN
10. Cahaya Kekasih
11. Anugerah Istimewa
12. Jauh (Original Version)
13. Andaiku Pergi (Instrumental)
Penawar Bagi Hati

Kita akan hilang kebahagiaan jika kita mula membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. setiap takdir adalah ujian, berusahalah menjadi hamba yang sentiasa mencari hikmah pada setiap kejadian. usah ditanya “mengapa” kerana jawapannya telah ada.. cuma masanya belum tiba. phonlah pada Allah diberi kekuatan bagi menangani ujian dan dugaan kerana Allah tidak membebankan hambaNYA dengan ujian yang tak mampu ditangunggnya..kerana apa? kerana SAYANG dan KASIH Allah tiada batasnya.. Ucaplah alhamdulillah atas segala kurniaan Allah..
Mutiara: "Abdullah Antaqi berkata:"
Sunday, November 1, 2009
Tuntutlah Ilmu

salam kepada semua mahasiswa...
selamat menduduki peperiksaan akhir semester ana ucapkan...
buat yang terbaik dan selebihnya berserahlah kepada Allah s.w.t...
"Tuntutlah ilmu untuk berbahagia di dunia.
Tuntutlah ilmu untuk kebahagian di negeri akhirat.
Tuntutlah ilmu untuk kebahagiaan,
ketinggian di dunia dan juga akhirat.
Allah sangat memuliakan mereka yang beriman,
berilmu dan beramal soleh.
Itu sifat-sifat orang yang bertaqwa."
~alihberalihMu~
Saturday, October 17, 2009
L’ALIBI
Ce jour-là de une heure jusqu'à 5 heures, je suis aller ả Alamanda Putrajaya avec mon ami, pour achetẻ le chare ou le nourriture pour une semaine. Ensuite, nous sommes alle’s au cinema ả GSC cinemas. Ả 5 heures et demie, nous sommes alles l’hỏpỉtal avec mon ami visite son frẻres. Ensuite, ả 7 heures, nous allons arrive ả Universitè et allẻs ả restaurant pour diner. Ả 8 heures, j’ai regarder sur la tele avec mes ami ả foyer. Aprẻs je me suis reposẻ j’ai ẻtudiẻ avec mon ami dans ma chamber, discuter environ Mathematique soumettre. Ensuite, j’ai dormir ả douze heures du soir. ~alihberalihMu~
Pelihara Hak Allah dan Rasul
Wahai saudaraku...Ketahuilah bahawa Allah SWT menghidup dan mematikan kamu, kepada Allah semuanya kembali. Allah SWT memberi nikmat yang tidak terhingga banyaknyasebagaimana firman Allah:
ertinya:
"dan jikakamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu) tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu".
(Surah Ibrahim : Ayat 34)
Adakah kamu ketahui, bahawa asal kita dari tanah dan dari tanah Adam dijadikan, kemudian Allah menjadikan keturunan manusia itu dari setitik air mani lalu dikandung dan dilahirkan oleh ibu setelah Allah SWT menghidupkan roh ketika di rahim ibu lagi? Kemudian kamu dilahirkan ke dunia sebagai insan yang sempurna, dikurniakan mata untuk melihat, dikurniakan telinga untuk mendengar, dikurniakan perasaan untuk merasa, dikurniakan akal untuk berfikir dan mentadbir. Dari akal fikiran manusia dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk.
firman Allah SWT :
Ertinya:
"Dan Allah SWT mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur."
(Surah al-Nahl : Ayat 78)
Wahai saudaraku...
Kewajipan pertama mesti engkau tunaikan ialah mengenal dan beriman kepada Allah SWT. Selepas itu hendaklah engkau taat kepada segala perintahNya, iaitu dengan menunaikan segala suruhanNya dan meninggalkan segala yang ditegah. Yakinlah dari Allah engkau datang, kepada Allah jua engkau pulang. Oleh itu hendaklah engkau membuat amal soleh dan jangan sekali-kali kamu mengikut hawa nafsu syaitan..
Wahai saudaraku...
Tanda Allah kasihkan kamu ialah Ia mengutuskan para rasul hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia bertujuan untuk menunjukkan kamu jalan yang lurus dan baik menerangkan peraturan hidup di dunia dan perkhabaran alam akhirat (syurga dan neraka)
Justeru, hendaklah kamu kasih kepada Allah dan RasulNya dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang..
~alihberalihMu~

